Tuesday, July 17, 2012


TAJUKTeknik menggilap permukaan cat

TUJUAN :
Helaian ini bertujuan menerangkan perkara-perkara berkaitan menggilap permukaan cat dengan menggunakan kaedah yang betul.
                  
PENERANGAN :
Permukaan cat yang disembur  atau cat lama perlu dipolish untuk memberi kelicinan dan kekilatan yang sempurna dengan teknik menggunakan mesin dan secara manual.



1.    TUJUAN
         Tujuan utama mengilap sesebuah kenderaan adalah untuk mendapatkan kekilatan pada permukaan cat, supaya permukaan cat lebih licin ,halus dan lebih berkilat , permukaan yang perlu digilapkan ialah:
·         Cat jenis cepat kering – Baru dicat atau lama
·         Permukaan cat yang pudar – Jenis cepat kering atau lambat kering.
·         Calar-calar halus ,habuk dan meleleh – untuk jenis cat cepat kering.
·         Kekotoran pada permukaan cat.
        
2.    Persediaan permukaan cat.
Permukaan cat yang hendak digilap, terutama sekali jenis cepat kering ,perlulah digosok dengan kertas pasir  # 1000, #1200, #1500 atau #2000 untuk menghilangkan habuk, kulit limau atau kesan cat meleleh ,untuk memberikan permukaan cat lebih licin .Rujuk gambarajah 1


                                                      Gambarajah 1


         Menggosok menggunakan kertas pasir saiz #1000 hingga #2000, berlapik sanding block, gosok dengan cara basah ,tapi perlu berhati-hati ,jangan menggosok terlebih hingga  melepasi lapisan clearcoat terutama sekali pada bahagian tepian atau tetulang ,sekiranya perkara ini terjadi perlu dicat semula.
Mengilap boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu dengan tangan dan mesin.

3.    Menggilap menggunakan tangan.

3.1. Pastikan kenderaan diletakkan ditempat yang sesuai,lapang dan bersih.
3.2. Rubbing compund dicairkan dengan air ,disapukan dengan menggunakan berus pada keseluruhan panel (satu panel) satu lapisan nipis jangan terlalu tebal,mulai mengilap ketika rubbing compound sedang mengering .
3.3.Pastikan kain yang digunakan bersih dan tidak ada kekotoran terutama sekali pasir kerna ia boleh mencalarkan permukaan cat.
3.4.Apabila mengilap jangan menekan terlalu kuat ,mengilap dengan cara memanjang adalah sesuai kerana panel lambat panas (cat tidak terbakar).
3.5.Gunakan mata untuk memastikan permukaan cat yang kurang berkilat ,ulangi mengilap pada bahagian itu.
3.6.Permukaan cat dibasuh untuk menghilangkan habuk dan debu rubbing compound.
3.7.Seterusnya gunakan wax untuk gilap yang terakhir ,untuk menambah kekilatannya.

Perhatian:
Jangan menekan terlalu kuat pada bahagian sudut, tetulang dan melengkung kerana clear coat/cat cepat haus atau hakis

4.    Mengilap menggunakan mesin

4.1.    Dengan menggunakan mesin dapat menjimatkan masa dan tenaga. Rujuk gambarajah 2

                                                      
                                                               Gambarajah 2


4.1 Perlu mengetahui cara penggunaan mesin untuk mengelakkan dari kecacatan atau kerosakan semasa mengilap
4.2 Pemilihan pad yang sesuai dengan permukaan cat yang hendak digilap adalah penting, untuk mendapatkan hasil yang baik.
4.3  Pastikan pad yang digunakan bersih .
4.4  Menggunakan masking tape untuk menutup bahagian tepian ,untuk mengelak permukaan cat tertanggal semasa mengilap .
4.5  Memilih mesin polish yang sesuai.
4.6  Rubbing compound jangan disapu terlalu tebal. Ianya akan melekat pada pad polish.
4.7  Mengilap dengan cara basah, untuk memudahkan permukaan cat dikilatkan, jangan menyembur air pada mesin polish.


                                                               
       Gambarajah 3

4.8  Setelah permukaan cat berkilat ,akhiri mengilap dengan cara kering untuk  
menambahkan lagi kekilatannya
4.9 Jangan digilap terlalu lama pada satu kawasan kerana boleh membakarkan cat.


4.10 Gunakan troly untuk meletak kelengkapan polishing. Rujuk Gambarajah 4






Gambarajah 4


4.1.1   Bahagian tertentu yang tidak dapat digilap dengan mesin ,mengilap  
           dengan tangan.
4.1.2   Setelah siap mengilap ,permukaan cat dibasuh dengan air sabun/shampoo
           untuk menghilangkan habuk atau debu rubbing yang melekat.
4.1.3  Akhir sekali mengilap permukaan cat dengan wax, sapu keseluruhan   
           permukaan cat,biarkan kering sekurang-kurang 15-30minit dan di lap     
           dengan kain bersih berulangkali sehingga permukaan cat berkilat
           sepenuhnya. Rujuk gambarajah 5


Gambarajah 5


1.    KAEDAH KESELAMATAN

1.1.      Setiap pekerja mestilah berpakaian lengkap ketika melakukan proses ini.

1.2.      Sila pastikan semua peralatan dibersihkan dan simpan ditempat yang selamat.